SOALAN DAN JAWAPAN

SOALAN DARI BAKAL PENGGUNA COOL HIJAB

Soalan dan jawapan bagi memudahkan pengguna Cool Hijab yang baru dan ingin menggunakan Cool Hijab
Berapa kali semburan yang saya perlu guna?
Tiga picit sudah mencukupi tetapi jika rambut anda tebal dan panjang disyorkan guna 4 atau 6 picit.
Adakah saya perlu shampoo rambut dahulu sebelum guna?
Itu adalah sebaik-baiknya dimana anda cuci dahulu rambut sebelum guna bagi menanggalkan kotoran dikulit kepala dan rambut.
Berapa lama dapat rasa bila memakai Cool Hijab?
Anda akan dapat merasai kedinginan sejuk Cool Hijab di kepala dan rambut anda selepas 15 saat menggunakannya.
Berapa lama kedinginan dan wangian Cool Hijab akan bertahan selepas pakai?
Cool Hijab sememangnya dirumus eksklusif untuk wanita berhijab atau bertudung. Dingin akan sentiasa berada didalam tudung. Jika dalam keadaan panas, kepala akan berpeluh. Apabila peluh bercampur Cool Hijab, kepala akan kembali sejuk dingin. Bau wangi akan bertahan selama 8 jam malah sehingga 24 jam.
Kenapa rambut saya masih ada yang gugur?
Ini merupakan perkara biasa pada awalan bagi sesetengah orang yang mempunyai masalah rambut gugur. Cool Hijab akan merawat pada akar rambut yang gugur dan menggantikan semula pertumbuhan rambut kerana Cool Hijab juga mempunyai vitamin rawatan rambut. Setiap individu keputusannya kebarangkalian berbeza-beza
Adakah kulit kepala dan rambut akan rasa melekit?
Tidak sama sekali. Cool Hijab menggunakan Virgin Enriched Olive Oil dan bahan yang tidak akan berminyak dan melekit malah anda akan dapati tapak tangan anda tidak akan berminyak dan melekit. Tudung anda juga tidak akan kotor dan berbau hapak.
Adakah saya boleh menghidu bau Cool Hijab?
Boleh dan sangat digalakkan. Ia akan membantu meringankan kepala dari stress dan migrain.
Berapa kali saya boleh menggunakan Cool Hijab dalam sehari?
Dua kali sehari adalah lebih baik. Pagi selepas mandi dan malam sebelum tidur.
Adakah ia hanya sesuai untuk wanita berhijab sahaja?
Walaupun Cool Hijab fokus kepada wanita berhijab tetapi ia tiada masalah untuk dipakai oleh wanita tidak bertudung, lelaki yang bertopi, lelaki berserban, malah yang menggunakan helmet. Tak ada rambut pun boleh pakai.
Berapa kali picit untuk 30ml Cool Hijab?
Sebanyak 120 kali picit dari 30ml Cool Hijab dan boleh digunakan selama sebulan. Manakala CoolHijab XS 15ml boleh digunakan 60 kali picit
Adakah Cool Hijab mempunyai pelbagai bau wangian?
Cool Hijab hanya mempunyai satu bau wangian sahaja iaitu wangian bunga khas untuk rambut dari France.
Jika saya pakai, kepala rasa makin pening atau rambut gugur banyak bagaimana?
JIka ia berlarutan selama 1 minggu, kami nasihatkan anda berhenti menggunakannya. Kemungkinan ianya tidak bersesuaian dengan anda. Tiada ganti rugi dan pulangan wang dikembalikan.
Bagaimana ingin membeli Cool Hijab?
Cool Hijab hanya boleh dibeli melalui www.coolhijab.com sahaja bagi memastikan pengguna mendapat Cool Hijab yang asli. Sila beli melalui Stokis/Agent Sah kami disetiap negeri.