Para pelanggan yang dihormati dan dihargai, anda dinasihatkan memahami segala terma dan syarat pembelian sebelum membuat sebarang pesanan atau pembelian produk CoolHijab kami. Selepas anda membeli, bermakna anda telah bersetuju dengan terma dan syarat tanpa paksaan mana-mana pihak.

  1. Semua produk yang telah dibeli tidak boleh dikembalikan kecuali berlaku kecuaian dari pihak kami seperti produk rosak melebihi 70% sebelum dijual.
  2. Selepas pembelian dibuat, tiada jaminan wang akan dipulangkan kecuali seperti yang disebut seperti perkara (1). Jika 70% kecuaian kami, produk akan diganti semula selepas menerima gambar aduan dan produk rosak dikembalikan untuk semakan.
  3. Semua urus niaga di Malaysia adalah dalam Ringgit Malaysia sahaja dan luar dari Malaysia adalah USDollar.
  4. Jika membeli secara online , pastikan nama, alamat, poskod dan kuantiti diisi dengan betul pada borang. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas kesilapan yang anda berikan ketika mengisi borang pesanan.
  5. Sila sertakan bukti pembelian samada upload melalui borang atau upload melalui whatsapp jika membeli secara online. Ia bagi memastikan urusan pembelian berjalan dengan lancar. Maklumat pembelian akan disemak dan disahkan dalam tempoh 24jam. sekiranya tiada sebarang maklum balas, sila hubungi Stokis atau Ejen yang anda berurusan.
  6. Selepas pembayaran dibuat, pelanggan tidak dibenarkan membatalkan sebarang pesanan yang telah dibuat. Wang tidak akan dikembalikan.
  7. Semua barang adalah dijamin sepenuhnya berada dalam keadaan baik sebelum dipos oleh pihak kami. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan produk atas apa jua sebab semasa proses penghantaran oleh Pihak Perkhidmatan Kurier.
  8. Kami memerlukan 1 hingga 3 hari waktu bekerja (untuk kawasan Sabah dan Sarawak, 3 hingga 5 hari masa bekerja diperlukan) untuk memproses tempahan pelanggan. Sekiranya pelanggan membuat tempahan pada hari hujung minggu Jumaat dan Sabtu bagi negeri-negeri tertentu maka hari Ahad dikira hari pertama. Begitu juga bagi negeri yang bercuti pada hari Sabtu dan Ahad maka hari Isnin dikira hari pertama. Walaubagaimana pun kami akan memastikan dan cuba untuk memproses pesanan anda secepat mungkin selepas pembayaran telah dibuat.
  9. Sekiranya berlaku dimana ketiadaan stok produk selepas membuat pembayaran, maka kami berhak dalam memberi pilihan kepada pelanggan kami samada:
    • Menunggu beberapa hari lagi untuk stok baru
    • Demi menjaga integriti dan kredibiliti kami sebagai Stokis atau Ejen, kami akan memulangkan kembali wang yang telah dibayar selepas mendapat persetujuan dari pelanggan.
  10. Sila pastikan alamat yang diberikan adalah wujud dan sah juga ada orang yang akan menerimanya. Sekiranya tiada, pelanggan dikehendaki menuntut barang di pejabat Perkhidmatan Kurier yang berkaitan.
  11. Jika didapati barang dikembalikan kepada kami semula kerana anda tiada dilokasi alamat yang diberikan atau anda tidak menuntut barang di pejabat pos mengikut tempoh, untuk penghantaran semula anda perlu membayar caj penghantaran disebabkan atas kecuaian anda.
  12. Sekiranya pembayaran lebih dibuat, baki wang akan dipulangkan semula kepada anda sama ada dalam sampul pos atau transfer ke akaun secara online dan akan dimaklumkan.
  13. Bagi Cash On Delivery (COD), temujanji hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 24 jam sebelum masa penghantaran untuk mengelakkan sebarang permasalahan.
  14. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab jika anda mempunyai alahan yang menyebabkan kerosakkan kulit, sesak nafas atau kematian selepas disahkan oleh doktor. Jika terdapat alahan selepas menggunakan produk, sila berjumpa dengan doktor dengan kadar segera.
  15. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab jika anda dapati produk yang dibeli tidak berkesan kerana kami telah mengikut piawaian yang telah dibenar dan disahkan KKM. Kemungkinan produk tersebut tidak sesuai untuk anda.
  16. Segala maklumat anda akan disimpan untuk kegunaan pada masa akan datang sebagai rujukan dan tidak akan diberikan kepada pihak ketiga dan ianya dianggap sulit dan rahsia.

 

Semua Terma & Syarat diatas adalah tertakluk kepada pindaan dan boleh berubah dari masa ke semasa tanpa dimaklumkan kepada pelanggan. Pelanggan perlu menyemak Terma & Syarat ini dari masa ke semasa yang dikira sesuai.

© Copyright 2014 CoolHijab®